Home / Traditional Dress / Akaun FB ‘Cempaka Sari’ dikecam NGO India

Akaun FB ‘Cempaka Sari’ dikecam NGO India

Bagikan Halaman ini

Share Button

cempaka                                                                                                                      Foto : Ilustrasi

MORAL-POLITIK.com- Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum India membuat laporan polis ke atas pengendali satu akaun laman sosial kerana memuat naik kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.

NGO itu termasuk Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima), Pasukan Bertindak Tamilar (TAF) dan Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN).

Presiden Mipas, A.Rajaretinam dalam laporan polis mendakwa, kenyataan dalam Facebook itu amat biadap dan bersifat menghasut maka meminta polis membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas.

“Semasa saya bersama sahabat makan malam, saya telah melayari laman sosial dan terbaca mesej berbaur perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman negara oleh pengguna Facebook bernama `Cempaka Sari’,” katanya.

Rajaretinam mendakwa beliau terbaca kenyataan itu kira-kira pukul 7.30 petang pada 8 Ogos lalu di Jalan Ipoh, Sentul.

Beliau membuat laporan polis itu Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul di sini tenghari semalam, lapor Mynewshub.my. (erny)

Baca Juga :  Sesuatu di MotoGP Indianapolis 2014 (3)

Komentar Anda?

Tags :

Bagikan Halaman ini

Share Button