Home / Traditional Dress / Kuala Lumpur: Kesal Israel, pengantin pijak bakar bendera

Kuala Lumpur: Kesal Israel, pengantin pijak bakar bendera

Bagikan Halaman ini

Share Button

Pengantin

 
MORAL-POLITIK.com- “Kami hanya mampu menunjukkan bantahan sebegini terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” kata pereka grafik Mohd Hilmi Muslim, 27, yang bersanding sambil menzahirkan semangat anti Israel.

Mohd Hilmi yang bernikah dengan Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, mengabadikan hari persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Kampung Umbai, Merlimau, di sini, semalam dengan berpakaian serba hijau sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.

Melansir kualalumpurpost.com, mereka diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan sebelum memijak dan membakar bendera negara Israel, sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.

Menurut Norfadhilah, dia dan suami simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.

“Kami kesal dan sedih melihat kekejaman tidak berperi kemanusiaan Israel. Sebagai umat Islam, kita mesti membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana mereka memang layak dikeji,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan jam 2 petang, semalam, lapor Hmetro. (erny)

Baca Juga :  Perkenalkan, ini wanita yang bikin Mary Jane bebas dari Hukuman Mati

Komentar Anda?

Tags :

Bagikan Halaman ini

Share Button