Home / Traditional Dress / Aksi seks pemain MU dalam tandas dirakam

Aksi seks pemain MU dalam tandas dirakam

Bagikan Halaman ini

Share Button
aksiFoto: kualalumpurpost.net

SEORANG pemain Manchester United menjadi mangsa kantoi apabila aksi seksnya dalam sebuah tandas kelab eksklusif dirakam oleh beberapa rakan sepasukan.

Bagaimanapun, individu dalam insiden tersebut masih lagi tidak didedahkan. Ibarat ‘Kawan makan kawan”, video seks pemain itu kemudian telah diedarkan untuk tontonan sesama pemain MU lain di bilik persalinan.

Menurut The Independent, pihak pengurusan kelab tersohor Liga Inggeris itu kini sedang menyiasat insiden tersebut yang membabitkan seorang pemain MU yang dirahsiakan bersama seorang wanita berusia 20-an.

Dipercayai, video sulit itu dirakam oleh rakan-rakannya menggunakan kamera telefon melalui bawah dan atas pintu bilik tandas.

Peliknya, dalam rakaman tersebut wanita itu dilaporkan menangis sepuas-puasnya dan berkata tidak akan menceritakan perkara itu.

Pada masa yang sama, kesemua pemain MU pula berlagak seolah-olah tiada yang berlaku ketika menuju ke Upton Park bagi berdepan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris.
Sumber: kualalumpurpost.net

Baca Juga :  Kapal Kargo AS setinggi 197,5 meter amankan senjata kimia Suriah

Komentar Anda?

Bagikan Halaman ini

Share Button